VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Saturday, October 10, 2015

PENGURUSAN PANITIA

PENGURUSAN PANITIA -
Asas Penubuhan Panatia Mata Pelajaran


1Pekeliling SPI Bil 4/986 menyatakan panitia mata pelajaran ialah


  • Guru-guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama
  • Guru-guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
  • medan untuk guru-guru mencari penyelesaian masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan tabiat belajar murid

2Tujuan penubuhan panitia


  • Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
  • Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
  • Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akedemik sekolah
  • Mewujudkan semangat bekerjasama di antara Panatia Mata Pelajran dengan Persatuan atau Kelab Akademik
Peranan Panatia Mata Pelajaran
1Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya

2Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk penggal-penggal persekolahan

3Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir

4Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada pusat sumber

5Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan

6Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan

7Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan 'ad hoc' jika perlu

8.Bertukar pengalaman

9Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan

10Bekerjasama dengan panatia lain

11Melantik setiausaha menyediakan minit

12Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod berkaitan
Struktur dan organisasi panitia
1Panitia Mata Pelajaran ialah
  • Badan ikhtisas
  • Dianggotai semua guru mata pelajaran berkenaan
  • Dipimpin oleh guru yang dilantik oleh GB/Pengetua
Carta organisasi panitia sekolah rendah


Sent from KH iPhone

0 comments:

Post a Comment