VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Wednesday, October 7, 2015

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatan identiti nasional yang kukuh.
Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
2015
§Perkongsian Maklumat Pembelajaran Alaf 21 dengan semua sekolah melalui CPD/LADAP/PLC
§Pelaksanaan sekolah rintis/Bilik darjah rintis
§Penyediaan panduan  Pembelajaran Alaf 21
§Penyediaan instrumen pemantauan  Pembelajaran Alaf 21
§Sumber rujukan: Sekolah Bestari, Sekolah Amanah, Program International Baccalaurette

2016
§Pembudayaan  Pembelajaran Alaf 21 ke semua sekolah
§Pemantapan Pembelajaran Alaf 21 melalui CPD/LADAP/PLC yang berterusan
§Pembentukan Pasukan Guru Kreatif dan Innovatif dalam memantapkan lagi Pembelajaran Abad 21
2017
§Membudayakan sepenuhnya Pembelajaran Abad 21 ke semua sekolah

Perubahan Yang Perlu
Kesediaan Guru &  Bilik Darjah
  • perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi diri
  • Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21
  • reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang akan memimpin proses pembelajaran.
Mesti ada keseimbangan

Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21


1. Pembelajaran Berasaskan Murid
2. Pembelajaran Kolaboratif
3. Kemahiran
4. Pembelajaran adalah proses
5. Pemikiran aras tinggi
6. Praktikal
7. Kemahiran untuk kehidupan
8. Berkumpulan
9. Komuniti
10. Pentaksiran formatif
11. Belajar untuk kehidupan

1.Pembelajaran Berasaskan Murid
§ Pembelajaran akan  lebih berkesan sekiranya pembelajaran  mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid
  (Draves & Julie, 2011).
§ Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran.
Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu:
§Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah)
§Tahap kematangan murid
§Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)
§Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual).
2. Pembelajaran Kolaboratif
Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan:
§Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.
§Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran
Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.

3. Kemahiran
Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisien (Colin, Brown & Newman, 1989).
Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan.
Contoh:
§Murid  yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat
§Murid yang  mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen  akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul     dan selamat.
§Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas.
§Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul
 4. Pembelajaran Adalah Proses
§Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi
    pengalaman seseorang (Kolb,1984).
Semasa belajar:
§Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.
§Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran.

§Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

5. Pemikiran Aras Tinggi
§Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan  masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM 2013)
§Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom, iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta
§Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Pendidikan Abad Ke-21.
§Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:
  iPenyelesaian masalah
  iiPenyoalan yang   melibatkan pemikiran aras   tinggi
  iiiPelaksanaan projek
  ivIntegrasi i-think dalam   proses pembelajaran
6. Praktikal
Guru harus membimbing murid supaya dapat:
§Mengaitkan teori dengan amali
§Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif
§Mengaplikasi teori secara praktikal
§Menjalani pembelajaran secara kontekstual
Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah:
•  Inkuiri penemuan
•  Projek
•  Penyelesaian masalah
•  Kerja lapangan
•  Eksperimen
•  Simulasi
•  Main peranan
•  Aktiviti hands- on

7.Kemahiran Untuk Kehidupan
Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah:
§sentiasa releven dengan perkembangan terkini.
§melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).
§membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid.
§menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.
Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

8. Berkumpulan
Pembelajaran berkumpulan  memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka
(Amstrong 2012 , O’Donnell 2006)
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran  koperatif.  
Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah:
Jigsaw, Think-Pair-Share, Round Robin, Numbered Heads dan sebagainya.
(Kagan Structure)

0 comments:

Post a Comment