VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Monday, December 28, 2015

Mesyuarat Pengurusan staff PPDM

Sunday, December 27, 2015

Seminar Transformasi PIBK

Seminar Transformasi PIBK Terengganu

TTI, Isnin 28 Dis 2015 - Satu seminar Pelibatan Ibu Bapa Dan Komuniti peringkat negeti Terengganu telah di adakan bertempat di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Seminar anjuran JPNT ini telah dihadiri oleh Penegtua, Guru Besar, Guru PK HEM, YDP PIBG dan Setiausaha melibatkan jemputan lebih 2000 orang peserta ini adalah yang terbesar pernah diadakan. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Ghazali Taib Pengerusi Pendidikan, Sanis, Teknologi. Turut hadir adalah pengarah JPNT, KS dan PPD. Antara pengisian menarik seminar ini adalah perkongsian pengalaman dan amalan terbaik pelaksanaan PIBK tokoh terkenal iaitu En. AB Rahim bin Othman, KS Pengurusan Kaunseling dan Disiplin BPSH KPM. Pn Hajah Bibi Sakinah binti Hj Haron Khan Guru Besar SK Muzafar Shah, Kote Tinggi Johor turut menyampaikan perkongsian beliau dalam amalan terbaik pengurusan PIBK. Tidak kurang hebat perkongsian dari Eb, Amiruddin Sahudi yang telah berkongsi amalan terbaik pengurusan PIBK sebagai YDP PIBG SK Setiwangsa Kuala Lumpur.

Thursday, November 5, 2015

125 tugas guru 2016

5/11/15 1:45:39 PTG: Norazman Sdbl: Utk rakan2 sigu.. Senarai semak...
125 senarai tugas guru 2016 dah keluar...🤔🤔🤔

1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 E-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 DWEN
21 VLEFrog
22 e-Nilam
23 zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 e-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for spbt
34 E-bulk for spbt
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 penandaan buku latihan, bla
38 gubal soalan ujian
39 penghasilan abm
40 persediaan buku rekod mengajar
41 penetapan etr / kpi setiap subjek
42 aktiviti persatuan
43 aktiviti sukan
44 aktiviti koakedemik
45 kajian tindakan
46 spsk
47 keceriaan kelas
48 latihan kebakaran dan kecemasan
49 kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 peka/pafa
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan upsr/pmr/spm
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 kursus2
66 taklimat2
67 bengkel
68 kolokium
69 simposium
70 laporan bulanan denggi
71 laporan aadk
72 jumpa tok batin cari pelajar
73 latihan bercerita, pantun, sahibba dll
74 hadir ke program mentri2 yg datang
75 program keselamatan jalan raya
76 hari knk2
77 hari kantin
78 pengurusan aset
79 5s
80 sambutan hr guru
81 RMT
82 hantar mrd ke klinik
83 perkhemahan
84 selia tmn herba
85 pengurusan blk2 khas
86 progran hr alam sekitar
87 gotong royong
88 minggu bahasa
89 lukis mural
90 hias kelas
91 baiki kerusi meja
92 pemeriksaan kebersihan diri murid
93 mengecat kelas
94 menghantar murid tertinggal bas
95 mengiringi ke rombangan
96 LADAP
97 pengadil kejohanan daerah/negeri
98 mengendali mesyuarat agg PIBG
99 mngutip yuran PIBG
100 menyiasat salah laku murid
101 pbppp
102 skt
103 baby sitter
104 jurulatih my kid talent
105 runner
106 doktor
107 kaunter pertanyaan 24/7
108 pegawai bank bergerak
109 LINUS
110 Makcik cleaner
111 sambutan Maal Hijrah
112 sambutan hari kanak2
113 program perpaduan
114 in house training
115 operator
116 Angkasawan
117 Tukang Masak
118 Body guard
119 Bomba
120 Jurukamera
121 Videografi
122 Polis Trafik
123 Juruteknik
124 Kanak2 riang
125 Punching bag
126 Pekebun
Hebat cikgu...
Ready for physical and mental.. . hahaha 😰😰😅😅😅
#just FORWARD


Sent from KH iPhone 6s

Wednesday, November 4, 2015

Erti jati diri

5/11/15 8:05:26 PG: Maslihan Sarwi Sdbl 5s4: Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

~Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan . Semoga bermanfaat .


Sent from KH iPhone 6s

Sunday, October 25, 2015

Improve Your English Communication

6 Ways to Immediately Improve Your English Communication Skills Using the Simplest Tips

1. SLOW DOWN YOUR SPEAKING SPEED

snail
You might be an eloquent speaker when it comes to your mother tongue, but expecting the same standards from yourself when speaking in a foreign language may not be very realistic.
Especially, if you’re at the early stages of learning. Learners are often told not to worry about the mistakes they’re making, however, it is easy to understand why you would like to make a good impression on your audience.
To overcome this difficulty, you may try slowing down your speaking speed.
Nobody will hold it against you if you speak more slowly and clearly. Great speakers do the same to get their message across. Selecting your words carefully may also be seen as a sign of respect towards your audience. It shows that you want to give them the best possible answer.

2. GIVE YOURSELF TIME TO THINK

Present perfect
You may be worried that the people you’re talking to are impatient and would like you to say what you want as quickly as possible.
First of all, it may not be true – people often prefer a well-thought-out answer to a rushed one. So just relax.
Another practical thing you can do is equipping yourself with fixed phrases you can use when remaining silent doesn’t seem to be an option. Here’s an example:
– Why is there so much violence on TV? That’s a good question. Let me think for a moment, I haven’t really thought about it before. Well, I suppose…
Here the speaker gains considerable amount of time to reflect just by repeating the question and adding a few sentences. If you do the same, you’ll sound more fluent and won’t feel the pressure of having to say something before you’re ready.
Fixed or set phrases are phrases whose words are usually fixed in a certain order. They can be verb patterns, idioms, collocations – basically anything we always say in one particular way. For example,
during the day
in the meantime
It’s been a long time since
Sorry to bother/trouble you, but…
Would you mind if…?
Oh, come on!
I’m just kidding!
For what it’s worth,…
To be right/wrong about
Tit for tat/an eye for an eye, a tooth for a tooth

3. LEARN SENTENCES, NOT ONLY WORDS

be positive
In a way, this will take the pressure off too. When you learn a new word, try to memorize a couple of sentences that contain it.
There might come a time when you can use one particular sentence with little, or no alteration at all. Unfortunately, many people learn words by heart, but have no idea how to use them in a sentence.
It will be such a relief not having to worry about whether the sentence is correct grammatically or not. Let’s look at an example:
to appreciate = to recognize the value of something/somebody
– I think it’s necessary to feel appreciated in a relationship/ at work.
– I appreciate all your hard work.
Isn’t it much more useful to memorize ’appreciate’ this way?

4. LEARN TO LISTEN

When speaking in a foreign language, you might be so focused on what you are saying and whether it’s correct or not, that you forget to listen to what others are saying.
This is a big mistake as they might be using the exact words or grammar you’ll be needing later on. So pay attention to what’s being said around you, it’s your most important resource at the time of speaking to someone.

5. PRACTISE YOUR INTERROGATIVES

conversation
We also need to keep in mind the fact that communication is a two-way process. Not only does it make you seem uninterested – even rude – if you don’t ask questions, you might also end up being the one who has to do all the talking. So, when you’ve run out of ideas about what to say next, remember: others might have something to add.
What are your views on that?
How about you? What do you think?
Why do you think there’s so much violence on TV?
Questions like this will keep the conversation going and will show your interest in other people’s opinion. They will also give you time to relax a little and start enjoying yourself.
Interrogatives can be quite tricky, so make sure you spend enough time learning the correct ways of asking questions.

6. PRODUCE, PRODUCEPRODUCE

talk
As I said at the beginning of this article, you might know a lot about the language, but this is passive knowledge that must be activated somehow. Your aim is to be able to produce correct English; practice is undeniably the best way to learn and improve.
Writing is one way of producing language; it may help you get used to and reflect on the ways English operates, which, in turn, might prove to be useful when speaking.
Speaking, on the other hand, is a much more spontaneous process and nothing prepares you for it better than actually doing it. So, find people you can practise with – either onSkype, or on language exchange sites, or here on MyEnglishTeacher.eu with the help of our native teachers – I have a feeling that it will be a great experience.
I hope you will find these tips useful. Feel free to ask any questions if something is not clear. Remember how important it is to ask? We’re here to help you.

Saturday, October 10, 2015

PENGURUSAN PANITIA

PENGURUSAN PANITIA -
Asas Penubuhan Panatia Mata Pelajaran


1Pekeliling SPI Bil 4/986 menyatakan panitia mata pelajaran ialah


  • Guru-guru yang terlibat dalam mengajar mata pelajaran yang sama
  • Guru-guru perlu bekerjasama dan saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
  • medan untuk guru-guru mencari penyelesaian masalah pembelajaran, motivasi, sikap dan tabiat belajar murid

2Tujuan penubuhan panitia


  • Membaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
  • Berusaha mendapat strategi mengajar yang inovatif dan yang boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan pelajar terhadap pembelajaran
  • Membaiki prestasi murid dalam peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan berpandukan strategi yang ditunjukkan dalam rancangan akedemik sekolah
  • Mewujudkan semangat bekerjasama di antara Panatia Mata Pelajran dengan Persatuan atau Kelab Akademik
Peranan Panatia Mata Pelajaran
1Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru untuk kegunaan ahlinya

2Menyediakan rancangan mengajar yang selaras untuk penggal-penggal persekolahan

3Memilih dan mencadangkan buku teks kepada pentadbir

4Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau buku bacaan tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru kepada pusat sumber

5Menyelaras ujian dan peperiksaan dan menubuhkan bank soalan

6Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan

7Mengadakan mesyuarat secara berkala dan pertemuan 'ad hoc' jika perlu

8.Bertukar pengalaman

9Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan kelab dan persatuan

10Bekerjasama dengan panatia lain

11Melantik setiausaha menyediakan minit

12Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit, laporan mesyuarat, surat-menyurat dan rekod berkaitan
Struktur dan organisasi panitia
1Panitia Mata Pelajaran ialah
  • Badan ikhtisas
  • Dianggotai semua guru mata pelajaran berkenaan
  • Dipimpin oleh guru yang dilantik oleh GB/Pengetua
Carta organisasi panitia sekolah rendah


Sent from KH iPhone

Wednesday, October 7, 2015

Falsafah Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pengetua Berkesan

Kepimpinan Berkesan dalam Kalangan Pengetua di Sekolah Adalah Penentu Pendidikan Abad ke 21 

M. Khata Jabor, Zaipah Binti Ismail Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81300 Skudai, Johor, Malaysia Tel: +60-7-553-2620 E-mail: mkhata@utm.my
Abstrak 
Kepimpinan pengetua yang berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh ubah kepada kejayaan sekolah. Pengetua memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas tentang organisasi dan kakitangannya. Pencapaian kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada pengurusan yang baik dan kepimpinan yang strategik. Pengetua perlu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berkesan, berpengalaman dan proaktif di pelbagai peringkat. Pengetua perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan mendatang, lebih berprestij dan berkaliber untuk membentuk pendidikan abad ke 21. Penekanan kepada nilai-nilai murni dan ketuhanan adalah penekanan yang memang sewajarnya sebab nilai-nilai murnilah yang menjadikan seseorang itu pemimpin yang berkesan dengan kedinamikan dan kekreatifannya dalam menghadapi masalah-masalah, mencapai matlamat-matlamat dan juga membuat pilihan-pilihan yang diperlukan dalam menghadapi apa-apa halangan. Kepimpinan yang berkesan, dinamik dan berwawasan berupaya mewujudkan para pendidik yang mempunyai komitmen yang tinggi untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti abad ke 21. Dengan ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mempunyai akhlak yang mulia. Kata kunci: Kepimpinan Berkesan, Pendidikan Abad ke 21. 

1. Pengenalan 
Kepimpinan berlaku apabila seseorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Organisasi yang berjaya dapat dibezakan dengan organisasi yang tidak berjaya bergantung kepada gaya kepimpinan yang dinamik dan efektif. Kejayaan organisasi bergantung pada kepimpinan yang berwibawa. Sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang (Abd. Karim 1989). Atan Long dalam kajiannya pada 1991 mendapati sekolah-sekolah yang mempunyai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik adalah dipimpin oleh pengetua yang berkesan. Menurut Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin Pengarah UNISEL Shah Alam, Kepemimpinan unik seorang pemimpin yang baik merangkumi kebolehan memberikan hala tuju yang jelas, menggalakkan organisasi supaya cenderung kepada pendidikan, memacu organisasi supaya lebih berkesan dan berkeperibadian yang menyokong usaha percambahan ilmu. Beliau menjelaskan, faktor kritikal yang menentukan pencapaian cemerlang organisasi adalah pengurusan yang baik dan kepemimpinan strategik. Pemimpin yang dinamik, berpengalaman dan proaktif dapat mengatasi masalah perbezaan antara kakitangan dengan bijak menerusi perbincangan yang telus dan ada permuafakatan, sekali gus mencari kaedah dan pendekatan kerjasama yang jelas serta kukuh. Husin (1993) dalam buku, Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, membezakan keberkesanan sekolah ialah kepimpinan pengetua. Kepimpinan pengetua yang dinamik dan bersungguh merupakan pemboleh ubah kepada kejayaan sekolah. 
Pengetua berkesan ialah pengetua yang memainkan peranan sebagai pemimpin yang berwawasan jelas tentang organisasinya dan kakitangannya. Menurutnya ada empat peranan pemimpin untuk mencapai perubahan organisasi dan perubahan sikap kakitangan: 
1. Mempunyai kemahiran teknikal 
2. Pemimpin berperanan sebagai jurutera manusia 
3. Pemimpin simbolik 
4. Pemimpin budaya Cabaran 
Pendidikan masa kini dan masa hadapan memerlukan pemimpin sekolah peka dan sensitif terhadap perubahan yang mendatang, justeru barisan pemimpin perlu lebih berprestij dan berkaliber. Pengetua perlu menilai semula prestasi masa sekarang dan menyusun tindakan supaya lebih dinamik serta melaksanakan perubahan berani bersesuaian dengan cabaran semasa bagi persediaan pendidikan abad ke 21. 

2. Objektif Kajian 
Sebab utama kertas kerja ini adalah untuk menentukan bagaimana kepimpinan berkesan boleh digunakan dalam mengurus dan mentadbir sekolah. Sementara itu, objektif kajian ini adalah untuk; 
1. mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan berkesan penentu pendidikan abad ke 21. 
2. Mengenal pasti isu dan cabaran kepimpinan berkesan di sekolah sebagai penentu pendidikan abad ke 21. 
3. Kaedah Kajian literatur yang berkaitan telah digunakan untuk mengumpul data bagi artikel ini. Artikel yang bersesuaian dicari melalui jurnal seperti google, dan yahoo (http://www.google.com.my; dan http:www yahoo.com. Selain itu membuat rujukan tesis di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) laman web di www.utm.my / spz. Maklumat juga dicari melalui buku teks, artikel jurnal, prosiding persidangan, kertas perbincangan, laporan dan dokumen yang telah dibaca dan dianalisis untuk menghasilkan jurnal ini. 
4. Kepimpinan Berkesan Menurut Stogdill (1958), kepimpinan ialah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi. Terry (1960) mendefinisikan kepimpinan sebagai “aktiviti mempengaruhi orang supaya berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan. Dalam sebuah sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkah laku pengetua dan juga sejenis pengaruh. Oleh sebab kepimpinan pengetua adalah bergantung pada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah, maka ia disifatkan sebagai kepimpinan formal. a. Ciri-ciri kepimpinan berkesan Kepimpinan berkesan menurut Hj. Dahari Hj Derani ialah:  Komited terhadap kerja dan pengikut  Mempunyai pengaruh  Berupaya memujuk  Mampu membimbing  Sebagai insan contoh  Mencipta nilai baik yang tiada sebelum ini  Menyahut perubahan  Menumpu kepada misi organisasi dan masa akan datang  Menjaga rahsia Menurut Haji Dahari juga kepimpinan yang efektif ialah suatu proses untuk menciptakan wawasan, mengembangkan suatu strategi, membangun kerjasama dan mendorong tindakan. 
Pemimpin yang efektif adalah
1. Menciptakan wawasan untuk masa depan dengan mempertimbangkan kepentingan jangka panjang kelompok yang terlibat 
1. Mengembangkan strategi yang rasional untuk menuju ke arah wawasan tersebut.
2. Memperoleh dukungan dari pusat kekuasaan yang bekerjasama, persetujuan, kerelaan atau kelompok kerjanya diperlukan untuk menghasilkan pergerakan itu. 
3. Memberi motivasi yang kuat kepada kelompok inti yang tindakannya merupakan penentu untuk melaksanakan strategi b. 
Kepimpinan berkesan menerajui perubahan Menurut Jaafar (1992), terdapat garis-garis panduan yang boleh digunakan untuk menjadi pemimpin berkesan dan membawa perubahan kepada organisasi dan kakitangannya:- 
1. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh, pintar, agresif, berinisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Pemimpin perlu membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan keyakinan diri. 
2. Mengetahui dan mengamalkan gaya kepimpinan yang berkesan. Memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan keadaan fleksibel supaya dapat menyesuaikan dengan pelbagai situasi yang berkenaan. 
3. Mempercayai perkara yang baik tentang orang lain. Pemimpin yang berkesan, personel yang bijak, bertanggungjawab dan ingin menyelesaikan.
4. Memenuhi keperluan kakitangan. Pemimpin berkeupayaan mendorong,meyakinkan kakitangan untuk berusaha mencapai matlamat organisasi. 
5. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Pemimpin berkesan membentuk matlamat untuk dijadikan panduan staf, menguatkuasakan peraturan yang terancang dan rapi untuk melaksanakan tugas. 
6. Bertindak sebagai pemimpin. Bertindak seperti yang dijangka dan yang diinginkan oleh pengikut agar sanjungan setaraf dengan pemimpin. 

5. Pendidikan Abad ke 21 
a. Definisi Abad ke 21 
 Abad ke 21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum menganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telah pun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010- an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi. Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam open sky technology membawa implikasi kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas. b. Isu Dan Cabaran Dalam keghairahan dunia abad ke 21 menikmati kemajuan sektor teknologi maklumat dan komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat. Cabaran pendidikan masa kini sangat memerlukan kepimpinan pengetua berubah mengikut peredaran dan cabaran pendidikan alaf baharu. Sebagai negara yang sedang berkembang pesat untuk mencapai Wawasan 2020 kepimpinan sekolah memerlukan perubahan dan anjakan paradigma yang dapat merintis ke arah alaf baru dalam segala aspek. “Sememangnya tugas ini amat berat, saya memerlukan pasukan benar-benar komited, amanah, jujur dan sanggup bekerja keras untuk memastikan segala perancangan kita dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.” YB Dato Sri Hisamudin Tun Husin On Perutusan Tahun Baru 2006 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Hal.30) c. Pendidikan Bertaraf Dunia Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen kepimpinan Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak Pendidikan 2004. Beliau menyatakan”Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk menerima sesuatu yang baru,maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. (Mohd Najib , 1997). Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia. d. Ledakan Globalisasi menimbulkan masalah sosial pelajar Pendidikan abad ke 21 lakarkan cabaran yang menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutama para remaja bahkan seluruh masyarakat. Kemudahan internet disalahgunakan. Fenomena ini berlaku di kalangan pelajar yang belum matang semakin menular dan membimbangkan. Inilah isu dan cabaran kepada pemimpin dan guru di sekolah dan tugas pendidikan di era IT ini untuk dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jika tidak, gejala ini akan semakin teruk dan berleluasa. Akhirnya anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan akan rosak dan merosakkan orang lain dan nama buruk negara. 6. Kepimpinan Melalui Pengurusan Strategik Kepimpinan yang berkesan melalui pengurusan yang strategik perlu diamalkan oleh pemimpin sekolah bagi memastikan organisasi sekolah bersaing dengan dunia mencabar ini. Untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa perubahan kepimpinan berkesan, pengurusan berwawasan serta mempunyai hala tuju yang jelas menjadi teras kepada kejayaan (Edaris Abbu Bakri, 2005). Merujuk kepada Razali Mat Zain (1989), kepimpinan sekolah perlu: 1. Memiliki ciri kepimpinan yang berupaya menetapkan matlamat, mengarah serta menyelaras dan mentadbir untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. 2. Memberi kepuasan kakitangan dan menghasilkan prestasi kerja cemerlang 3. Yakin deng kepimpinan. 4. 7. Kepimpinan Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Kepimpinan sekolah hendaklah berpaksikan kepada konsep ketuhanan. Paksi ketuhanan dalam sistem pendidikan adalah wajar kerana paksi tersebut adalah amat kukuh dan boleh menjamin pembentukan pendidikan seimbang. Paksi ketuhanan dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai pegangan agama yang kuat dan mempunyai sahsiah diri yang terpuji. Kepimpinan sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan pelaksanaannya adalah tanggungjawab bersama di antara pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. Namun begitu pelaksanaannya adalah di sekolah. Langkah peningkatan keberkesanan dan profesionalisme pengurusan dan pentadbiran pendidikan perlu diberi perhatian yang sepatutnya. 8. Kesimpulan Kemajuan dan perubahan organisasi bergantung pada individu dalam organisasi, menggunakan kemudahan yang kondusif, tanpa pembaziran tenaga dan sumber. Bagi mencapai pendidikan abad ke 21, pemimpin sekolah perlulah dinamik, mempunyai kepimpinan berkesan, berkualiti dan cemerlang serta perubahan yang berlaku dirancang, dilaksanakan dan dipantau secara sistematik supaya menjadi institusi penghasilan generasi cemerlang, terbilang, gemilang dan berakhlak mulia.

Rujukan Al. Ramaiah (2009). Kepimpinan Pendidikan. Puchong: IBS Buku Sdn. Bhd. Husin Mahmood, (1993). Kepimpinan Berkesan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Jaafar Muhammad (1988). Asas Pengurusan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Jurnal Akademik IPGM Kampus Kota Bharu Bil. 1/2009. Kementerian Pelajaran Malaysia, (2007). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Puterajaya: Perpustakaan Negara Malaysia. Khairina Yasin (2009). Kepemimpinan dinamik. Berita Harian 8-September-2009. Razali Mat Zan (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Sumber : Wikipedia bebas dalam Versi Bahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010. Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (1992).Pendidikan Dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn Bhd. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, (1993).Wawasan pendidikan Agenda Pengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Kepimpinan Cemerlang

Sifat Kepimpinan Yang Cemerlang
Pengetua merupakan seorang pemimpin.  Jadi sudah semestinya mereka memikul tanggungjawab yang agak besar. Besarnya peranan seorang pengetua tidak dapat dinafikan oleh semua orang yang waras dan rasional pemikirannya. Hal ini berdasarkan fakta ; kapal akan karam atau hanyut di lautan jika tanpa nakhodanya. John Harvey – Jones, bekas pengerusi ICI mengibaratkan pemimpin seperti konduktor orkestra simfoni, iaitu ;
“Gagalnya peranan konduktor mengawal sekumpulan manusia orkestra   yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jenis instrument, maka sudah pasti akan gagal menghasilkan suatu  karya seni yang mampu menghiburkan pelbagai penonton
yang kritis “
Dari kaca mata sebuah organisasi pendidikan pula,  kepentingan peranan seorang pemimpin dapat dirumus dengan melihat  rumusan yang dibuat oleh Fred M. Hechinger (dlm. Davis & Thomas 1989: 17 ) untuk dijadikan renungan dan pegangan, iaitu ;
“Bahawa dia tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin
oleh pengetua yang lemah atau sekolah yang lemah dipimpin
oleh pengetua yang baik. Dia telah melihat sekolah yang lemah
bertukar menjadi sekolah yang cemerlang dan malangnya
terdapat juga sekolah yang cemerlang merosot dengan teruknya.

Hal ini memperlihatkan , jatuh bangunnya sesebuah sekolah (organisasi pendidikan) boleh dikesan melalui keberkesanan kualiti peranan pemimpinnya atau pun pengurusnya iaitu pengetua.”

Sebagai seorang pemimpin sewajarnyalah  seorang pengetua mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru melaksanakan tugas-tugas sekolah secara sukarela  dengan penuh dedikasi dan memastikan semua guru berdisiplin dalam mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Keupayaan seperti inilah yang membezakan antara sekolah yang berjaya dengan yang sebaliknya.

Tanggungjawab seorang  pengetua menjadi penting kerana tugas utamanya adalah untuk memastikan “core business “ sekolah iaitu antaranya pelajar belajar dan guru mengajar dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai kejayaannya. Pada masa yang sama juga, dengan kekuatan gaya kepimpinannya, pengetua diharap dapat membangkit dan mengekalkan komitmen guru terhadap organisasinya, efeksi guru dan kepuasan kerja mereka disekolahnya tanpa pengabaian kepada keperluan dan kebajikan guru-gurunya.

Pengetua yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber di bawah kawalannya, bukan sahaja pelajar atau staf pejabat, malah semua guru-gurunya dari yang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidak berdedikasi kepada berdedikasi dengan cara yang berhemah. Pendek kata semua nilai-nilai negatif dari segi tindakan, sikap dan andaian-andaian perangkap minda (mind trap) yang  merupakan  penghalang kepada sebuah kejayaan akan mampu dipositifkan demi mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menurut Rutter (1979), keberkesanan sekolah mempunyai pertalian dengan apa yang berlaku di dalam sekolah itu sendiri  Sweeney (1982) mengenal pasti 6 ciri kepimpinan Pengetua yang dikatakan efektif iaitu; mengutamakan pencapaian, menentukan strategi pengajaran, menyelaras program – program pengajaran, membantu guru – guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menilai kemajuan pelajar dan mengadakan iklim sekolah yang teratur.
Jelas dari pendapat di atas bahawa segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran harus berasaskan kepada peningkatan proses pendidikan di bilik darjah disertai dengan pembangunan dalaman sekolah itu sendiri iaitu apa yang dikenali sebagai iklim sekolah.

Antara pembangunan dalaman yang dapat mewujudkan iklim sekolah yang mempengaruhi segala perlakuan dalam menghasilkan produktiviti yang tinggi dalam mencapai matlamat organisasi akhirnya ialah semua individu yang mengamalkan sikap berdisiplin dan berdedikasi dalam kalangan ahli organisasinya. Kualiti disiplin dan semangat dedikasi mereka bukanlah sesuatu yang statik. Kepimpinan pengetua yang berkualiti sudah pasti mampu untuk membentuk seluruh individu di dalam organisasinya berkhidmat dengan penuh berdisiplin dan berdedikasi dalam mencapai matlamat organisasi.

Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau faedah yang baik dan banyak, begitu juga yang negatif boleh membawa padah yang buruk. Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud :-
“Sebaik – baik  kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain “. Di sini nyatalah bahawa orang yang paling baik itu akan mempengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjuk – ajar, akhlak, tutur kata atau tingkahlakunya yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

Pemimpin yang berbudi mulia sangat mudah ditaati, dihormati, disegani dan bukan ditakuti. Ketua yang tegas tetapi adil lebih senang meningkatkan produktiviti dan kualiti organisasi serta lebih mudah dicontohi. Sifat merendah diri memerlukan kekuatan peribadi dan kebijaksanaan. Ketua yang mempunyai sifat ini dihormati pekerja dan lebih mudah mengawal organisasi. Tertib dan beradab seseorang yang penuh disiplin dalam hidupnya, tahu berinteraksi sesama manusia , tahu membawa diri dalam semua situasi dan persekitaran serta tahu peraturan- peraturan etiket sosiobudaya bangsanya mestilah menjadi amalan pengetua untuk menjadi teladan untuk dicontohi.

Dengan mengamalkan sikap – sikap yang terpuji barulah pengetua mampu untuk membentuk kakitangan berdisiplin kerana mereka akan patuh dan taat pada semua peraturan dan arahan atas dasar menghormati sikap mulia pemimpin yang wajar diteladani, walaupun semasa ketiadaannya di sekolah.

Dalam membentuk ahli organisasi yang berdedikasi, yang menjadi teras untuk mewujudkan iklim sekolah yang mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengetua hendaklah memastikan kakitangannya mempunyai ilmu, kemahiran dan sikap merujuk kepada motivasi yang tinggi dalam bidang tugasan yang diarahkan. Tanpa ilmu dan kemahiran contohnya dalam bidang fizik, agak mustahil seorang guru itu akan bermotivasi untuk masuk ke kelas dan dapat mengajar dengan penuh dedikasi, yang akhirnya murid juga yang rugi.

Salah satu tugas pemimpin yang paling penting ialah membuat keputusan. Namun cara pemimpin membuat keputusan juga banyak mempegaruhi dan mendorong semangat kerja kakitangannya. Terdapat empat(4) gaya kepimpinan lazimnya yang boleh digunakan dalam membuat keputusan :-
Autokratik       -    berdasarkan maklumat yang ada kepadanya seorang, pemimpin membuat keputusan sendiri tanpa melibatkan mereka yang dipimpin.
Demokratik – autokratik     -   pemimpin mencari dan mendapatkan maklumat daripada mereka yang dipimpin, berdasarkan maklumat itu ia membuat keputusan sendiri .
Konsultatif
Pemimpin meminta pendapat dan pandangan serta idea – idea daripada mereka yang dipimpin dengan cara berunding secara seorang demi seorang, lalu dia sendiri membuat keputusan.
Keputusan Berkumpulan
Pemimpin berkongsi masalah dengan mereka yang dipimpin  di dalam mesyuarat di mana keputusan dibuat melalui perbincangan dan kata sepakat.
Setiap gaya di atas mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Namun keputusan secara perbincangan dan sepakat biasanya lebih disokong dan diterima ahli organisasi berbanding yang dibuat secara autokratik, tetapi faktor masa panjang yang diperlukan kerap membatasi. Oleh itu, seseorang pemimpin mestilah berupaya memilih dengan tepat gaya kepimpinan yang bagaimana yang paling sesuai digunakan apabila hendak membuat keputusan. Gaya yang dipilih itu mestilah gaya yang faedahnya paling banyak dan risikonya paling sedikit.
Sikap dedikasi di kalangan ahli organisasi juga akan sentiasa tinggi sekiranya mereka sama-sama berusaha mencapai satu halatuju yang ditetapkan oleh organisasi. Ini dapat direalisasikan melalui peranan seorang pengetua dengan mengambil langkah-langkah seperti; gubal suatu visi untuk organisasi yang dipimpin, gubal strategi bagaimana visi itu hendak dicapai, jangan berhenti bercakap tentang visi. pamerkan rasa yakin dan sikap optimis yang tinggi bahawa visi itu dapat dicapai, pamerkan rasa yakin pada bakat dan kebolehan mereka yang dipimpin, pupuk keyakinan diri mereka yang dipimpin, raikan semua kejayaan dan pencapaian, jangan cuma bercakap, tunjukkan teladan
Tuntasnya, pemimpin haruslah berupaya memainkan peranannya dalam membentuk dan menyemai sikap berdisiplin dan berdedikasi kepada semua sumber modal insan di bawah kepimpinannya. Pemimpin,dalam konteks ini ialah pengetua adalah penentu kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah. Pengetualah juga orang penting yang menjadikan sekolahnya sebuah sekolah kesayangan masyarakat. Ini sudah semestinya akan menjadikan semua warga sekolah mendapat kepuasan kerja yang sejati yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit serta bakal mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih berdisiplin dan berdedikasi pada masa depan.


Update Info Sek Menengah Marang

PREMIS PERKONGSIAN PROFESIONAL


1. Refleksi Pencapaian  Band 2014
2.  Ciri-ciri Pemimpin Yang di Kagumi Orang Bawahan
3.  Controlled Chaos in The Classroom; Are Teachers Micromanaging Students Too Much


Sekolah Menengah : Band 3, 4 dan 5 - Tiada Band 6 dan 7
Sekolah Rendah : Band 2 dan 3 - Tiada Band 4, 5, 6 dan 7
Pada keseluruhannya sekolah sekolah di marang tiada band 6 dan 7.
Usaha meningkatkan band tertumpu kepada meningkatkan band 5 ke band 4 dan dan 4 ke band 3 bagi sekolah menengah dan fokus peningkatan band 3 ke band 2 bagi sekolah rendah.

Peningkatan kualiti kepimpinan sekolah:
LIMA AMALAN KEPIMPINAN YANG DIKAGUMI
(THE FIVE PRACTICES OF EXEMPLARY LEADERS) Kouzes and Posner (1995)
Model  The Way
Enable Other to Act
Challenge The Process
Inspire A Shared Vision
Encourage The Heart

For my Teachers
Are Teachers Micromanaging Students Too Much?
1.Marzano & Picketing (2003) assert that most teachers talk too much, help too much and seen to much.
2.Telling students how to respond leaves nothing to their imagination, creative or critical thinking is not nurtured.
3.Chidren and Young people have a right to express opinions on matters which effect them and to have those opinions taken seriously” UN Convention on the right of the child (Artikel 12)
4.A process of “learn, unlearn and relearn” by Alvin Tofler shows that micromanaging actually discourage independence and intteruppts learning.
5.Teachers had to ask reflective questions and students answered by choosing any of these visual maps (or other tools) to exhibit their knowledges.  This activities were usually done in groups to enhance collaborative skills… Wrap up by Dr. David Hyerle of Kestrel & Thinking School International visit to Malaysia 2013.
6.I realised that I led by attempting to create duplicates of myself instead of allowing people to find answers from within; I would direct people, rather than allowing them to discover and unleash their own potential.  I resolved to change this and adopt a more coaching role as manager.” Landeka Diamond, Principal of Westlake Primary School, South Afrika, International conference on School Leadership in the 21st Century, May 2015 at IAB, Genting Highlands.
7.A world Class Education System is the basis of  the strategy to become a global player and propel Malaysia into higher income economy
8.Michael Fullan use the term “micro-madness” in his book, “The Principal: Three Key to Maximising Impact says that  we must resist the micromanaging.

Kehadiran Murid jan - Sept 2015

 Data perincian peratus kehadiran pelajar Sekolah menengah dalam daerah Marang dari jan hingga sept 2015. pernah mengatasi sedikit target kebangsaan 95% kehadiran. peratus kehadiran murid menampakkan trend menurun sepanjang bulan dan kehadiran paling rendah pada bulan julai
trend kehariran pelajar di SMA Marang juga menunjukkan trend yang sama seperti peringkat daerah.trend menurun mendadak pada bulan jun dan julai..

PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatan identiti nasional yang kukuh.
Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.
2015
§Perkongsian Maklumat Pembelajaran Alaf 21 dengan semua sekolah melalui CPD/LADAP/PLC
§Pelaksanaan sekolah rintis/Bilik darjah rintis
§Penyediaan panduan  Pembelajaran Alaf 21
§Penyediaan instrumen pemantauan  Pembelajaran Alaf 21
§Sumber rujukan: Sekolah Bestari, Sekolah Amanah, Program International Baccalaurette

2016
§Pembudayaan  Pembelajaran Alaf 21 ke semua sekolah
§Pemantapan Pembelajaran Alaf 21 melalui CPD/LADAP/PLC yang berterusan
§Pembentukan Pasukan Guru Kreatif dan Innovatif dalam memantapkan lagi Pembelajaran Abad 21
2017
§Membudayakan sepenuhnya Pembelajaran Abad 21 ke semua sekolah

Perubahan Yang Perlu
Kesediaan Guru &  Bilik Darjah
  • perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza supaya mereka berpeluang mengembangkan potensi diri
  • Keberkesanan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri pembelajaran abad ke-21
  • reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang akan memimpin proses pembelajaran.
Mesti ada keseimbangan

Ciri-ciri Pembelajaran Abad ke-21


1. Pembelajaran Berasaskan Murid
2. Pembelajaran Kolaboratif
3. Kemahiran
4. Pembelajaran adalah proses
5. Pemikiran aras tinggi
6. Praktikal
7. Kemahiran untuk kehidupan
8. Berkumpulan
9. Komuniti
10. Pentaksiran formatif
11. Belajar untuk kehidupan

1.Pembelajaran Berasaskan Murid
§ Pembelajaran akan  lebih berkesan sekiranya pembelajaran  mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid
  (Draves & Julie, 2011).
§ Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran.
Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu:
§Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah)
§Tahap kematangan murid
§Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence)
§Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan individual).
2. Pembelajaran Kolaboratif
Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan:
§Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.
§Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran
Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.

3. Kemahiran
Pembelajaran yang berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisien (Colin, Brown & Newman, 1989).
Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan.
Contoh:
§Murid  yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat
§Murid yang  mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen  akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul     dan selamat.
§Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas.
§Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata bahasa yang betul
 4. Pembelajaran Adalah Proses
§Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi
    pengalaman seseorang (Kolb,1984).
Semasa belajar:
§Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru.
§Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran.

§Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

5. Pemikiran Aras Tinggi
§Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan  masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM 2013)
§Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom, iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta
§Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam Pendidikan Abad Ke-21.
§Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:
  iPenyelesaian masalah
  iiPenyoalan yang   melibatkan pemikiran aras   tinggi
  iiiPelaksanaan projek
  ivIntegrasi i-think dalam   proses pembelajaran
6. Praktikal
Guru harus membimbing murid supaya dapat:
§Mengaitkan teori dengan amali
§Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif
§Mengaplikasi teori secara praktikal
§Menjalani pembelajaran secara kontekstual
Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah:
•  Inkuiri penemuan
•  Projek
•  Penyelesaian masalah
•  Kerja lapangan
•  Eksperimen
•  Simulasi
•  Main peranan
•  Aktiviti hands- on

7.Kemahiran Untuk Kehidupan
Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah:
§sentiasa releven dengan perkembangan terkini.
§melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence).
§membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan murid.
§menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.
Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

8. Berkumpulan
Pembelajaran berkumpulan  memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi, penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka
(Amstrong 2012 , O’Donnell 2006)
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran  koperatif.  
Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah:
Jigsaw, Think-Pair-Share, Round Robin, Numbered Heads dan sebagainya.
(Kagan Structure)