VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tuesday, July 21, 2015

Jaga imej penjawat awam

22/07/15 9:05:41 PG: Kassim. Husin: KENYATAAN AKHBAR
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA

1. Saya mengambil maklum dan memandang serius terhadap beberapa perkembangan semasa dalam negara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

2. Ini termasuk tuduhan dan laporan berikutan siasatan pihak polis negara Thai bahawa ada pihak tertentu dalam negara bersama anasir luar terbabit dalam satu konspirasi terhadap kepimpinan negara untuk mengganggu gugat proses demokrasi negara ini.

3. Perkara-perkara seperti ini boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara serta merupakan tindakan khianat terhadap negara.

4. Justeru itu, penjawat awam juga adalah diingatkan untuk terus memberikan tumpuan dan komitmen dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat selaras dengan Agenda Transformasi Nasional dengan tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti atau perbuatan yang boleh disifatkan sebagai mencemarkan imej perkhidmatan awam dan menjejaskan ketenteraman dan keselamatan negara.

21 July 2015

TAN SRI DR ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA
Mohon sebar luaskn

0 comments:

Post a Comment