VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Wednesday, October 7, 2015

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Alaf Baharu

1.0 KERANGKA PEMBELAJARAN ALAF BAHARU
Kerangka bagi pembelajaran alaf baharu dalam bahagian ini adalah berpandukan cadangan daripada The Partnership for 21st Century Skills (Partnership for 21st Century Skills, 2011). Kerangka pembelajaran alaf baharu yang dicadangkan oleh The Partnership for 21st Century Skills bermatlamat untuk menjana kejayaan murid dalam persekitaran baru yang bercirikan ekonomi globalisasi. Rajah 1 menunjukkan Kerangka Pembelajaran Alaf Baharu yang telah diadaptasi daripada kerangka asal Partnership for 21st Century Skills (Rajah 2).

1.1 Hasil (Outcomes) Murid Alaf Baharu
Kerangka pembelajaran alaf baharu memaparkan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang perlu dikuasai oleh murid untuk berjaya dalam kehidupan dan dunia pekerjaan sebenar (Rajah 3). Warga pendidik perlu mengintegrasikan pelbagai kemahiran dalam membangunkan murid alaf baharu. Implementasi kemahiran alaf baharu memerlukan pembangunan dan pemahaman murid yang sepenuhnya dalam mata pelajaran teras. Asas yang kuat dalam pengetahuan dan kemahiran mata pelajaran teras membolehkan murid dirangsang untuk berfikir secara kritikal dan berkomunikasi secara efektif.

Murid harus diterapkan dengan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk kejayaan kehidupan semasa, iaitu kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, komunikasi dan kolaborasi. Kerangka pembelajaran alaf baharu ini memerlukan sistem sokongan yang terdiri daripada elemen piawaian dan pentaksiran, kurikulum dan instruksional, pembangunan professional dan persekitaran pembelajaran yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment