VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Thursday, November 5, 2015

125 tugas guru 2016

5/11/15 1:45:39 PTG: Norazman Sdbl: Utk rakan2 sigu.. Senarai semak...
125 senarai tugas guru 2016 dah keluar...🤔🤔🤔

1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 E-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 DWEN
21 VLEFrog
22 e-Nilam
23 zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 e-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for spbt
34 E-bulk for spbt
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 penandaan buku latihan, bla
38 gubal soalan ujian
39 penghasilan abm
40 persediaan buku rekod mengajar
41 penetapan etr / kpi setiap subjek
42 aktiviti persatuan
43 aktiviti sukan
44 aktiviti koakedemik
45 kajian tindakan
46 spsk
47 keceriaan kelas
48 latihan kebakaran dan kecemasan
49 kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 peka/pafa
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan upsr/pmr/spm
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 kursus2
66 taklimat2
67 bengkel
68 kolokium
69 simposium
70 laporan bulanan denggi
71 laporan aadk
72 jumpa tok batin cari pelajar
73 latihan bercerita, pantun, sahibba dll
74 hadir ke program mentri2 yg datang
75 program keselamatan jalan raya
76 hari knk2
77 hari kantin
78 pengurusan aset
79 5s
80 sambutan hr guru
81 RMT
82 hantar mrd ke klinik
83 perkhemahan
84 selia tmn herba
85 pengurusan blk2 khas
86 progran hr alam sekitar
87 gotong royong
88 minggu bahasa
89 lukis mural
90 hias kelas
91 baiki kerusi meja
92 pemeriksaan kebersihan diri murid
93 mengecat kelas
94 menghantar murid tertinggal bas
95 mengiringi ke rombangan
96 LADAP
97 pengadil kejohanan daerah/negeri
98 mengendali mesyuarat agg PIBG
99 mngutip yuran PIBG
100 menyiasat salah laku murid
101 pbppp
102 skt
103 baby sitter
104 jurulatih my kid talent
105 runner
106 doktor
107 kaunter pertanyaan 24/7
108 pegawai bank bergerak
109 LINUS
110 Makcik cleaner
111 sambutan Maal Hijrah
112 sambutan hari kanak2
113 program perpaduan
114 in house training
115 operator
116 Angkasawan
117 Tukang Masak
118 Body guard
119 Bomba
120 Jurukamera
121 Videografi
122 Polis Trafik
123 Juruteknik
124 Kanak2 riang
125 Punching bag
126 Pekebun
Hebat cikgu...
Ready for physical and mental.. . hahaha 😰😰😅😅😅
#just FORWARD


Sent from KH iPhone 6s

Wednesday, November 4, 2015

Erti jati diri

5/11/15 8:05:26 PG: Maslihan Sarwi Sdbl 5s4: Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

~Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan . Semoga bermanfaat .


Sent from KH iPhone 6s