VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Wednesday, January 13, 2016

dialog prestasi

Dialog Prestasi ialah 
  • pemantauan (checkpoint) yang kerap antara pihak atasan dan bawahan untuk menilai dan memastikan penyampaian berada pada landasan yang betul. Mengekalkan rutin (tidak kira apa) adalah penting 
  • Forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data dan fakta, dan mengakhirinya dengan satu set konkrit tindakan seterusnya untuk dilaksanakan oleh JPN/PPD/Sekolah 

Objektif dialog prestasi 

  1. Fokus dan akauntabiliti: Memastikan organisasi fokus kepada penyampaian dan memastikan akauntabiliti (positif dan negatif) 
  2. Memantau prestasi: Memastikan sistem berada pada landasan yang betul untuk mencapai aspirasi
  3. Mengenal pasti masalah: Mengemukakan isu-isu yang menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca 
  4. Penyelesaian masalah dan sokongan: Menyediakan forum untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi amalan terbaik
  5. Memajukan isu: Memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi

Fokus dialog prestasi:
  1. Kepimpinan dan Pengurusan PGB
  2. Kehadiran Murid
  3. Keberadaan Guru
  4. Kualiti PdP Guru
  5. Disiplin Murid
  6. Kemenjadian Murid


Wednesday, January 6, 2016

Gelombang ke-2 PPPM 2016-2020


Tuesday, January 5, 2016

SEGAK - Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan

Ujian SEGAK hendaklah diuji  kepada semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 dan dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.


*   Rujuk SPI 4/2008: Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah: 9 Julai 2008





Monday, January 4, 2016

Format Baru UPSR 2016

Format Baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016 
Sejajar pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)