VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Saturday, January 17, 2015

Penilaian prestasi pegawai perkh pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

"PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA"
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12, 21 Mac 2011

STANDARD PRESTASI

Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh seseorang individu dalam sesuatu bidang/tugas yang telah dilalui dalam satu tempoh berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan.

Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain daripada itu standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengenalpasti tahap pencapaian yang diharapkan kepadanya dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah peningkatan profesionalisme secara berterusan.


Sent from my iPad

0 comments:

Post a Comment