Dialog Prestasi ialah
Objektif dialog prestasi
- pemantauan (checkpoint) yang kerap antara pihak atasan dan bawahan untuk menilai dan memastikan penyampaian berada pada landasan yang betul. Mengekalkan rutin (tidak kira apa) adalah penting
- Forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data dan fakta, dan mengakhirinya dengan satu set konkrit tindakan seterusnya untuk dilaksanakan oleh JPN/PPD/Sekolah
Objektif dialog prestasi
- Fokus dan akauntabiliti: Memastikan organisasi fokus kepada penyampaian dan memastikan akauntabiliti (positif dan negatif)
- Memantau prestasi: Memastikan sistem berada pada landasan yang betul untuk mencapai aspirasi
- Mengenal pasti masalah: Mengemukakan isu-isu yang menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca
- Penyelesaian masalah dan sokongan: Menyediakan forum untuk membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi amalan terbaik
- Memajukan isu: Memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi
Fokus dialog prestasi:
- Kepimpinan dan Pengurusan PGB
- Kehadiran Murid
- Keberadaan Guru
- Kualiti PdP Guru
- Disiplin Murid
- Kemenjadian Murid