VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Monday, December 28, 2015

Mesyuarat Pengurusan staff PPDM

Sunday, December 27, 2015

Seminar Transformasi PIBK

Seminar Transformasi PIBK Terengganu

TTI, Isnin 28 Dis 2015 - Satu seminar Pelibatan Ibu Bapa Dan Komuniti peringkat negeti Terengganu telah di adakan bertempat di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Seminar anjuran JPNT ini telah dihadiri oleh Penegtua, Guru Besar, Guru PK HEM, YDP PIBG dan Setiausaha melibatkan jemputan lebih 2000 orang peserta ini adalah yang terbesar pernah diadakan. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Ghazali Taib Pengerusi Pendidikan, Sanis, Teknologi. Turut hadir adalah pengarah JPNT, KS dan PPD. Antara pengisian menarik seminar ini adalah perkongsian pengalaman dan amalan terbaik pelaksanaan PIBK tokoh terkenal iaitu En. AB Rahim bin Othman, KS Pengurusan Kaunseling dan Disiplin BPSH KPM. Pn Hajah Bibi Sakinah binti Hj Haron Khan Guru Besar SK Muzafar Shah, Kote Tinggi Johor turut menyampaikan perkongsian beliau dalam amalan terbaik pengurusan PIBK. Tidak kurang hebat perkongsian dari Eb, Amiruddin Sahudi yang telah berkongsi amalan terbaik pengurusan PIBK sebagai YDP PIBG SK Setiwangsa Kuala Lumpur.