VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Thursday, January 29, 2015

takwim penggal persekolahan tahun 2015 Final(1)

Tuesday, January 27, 2015

SST PPD marang ke dabong

Pejabat Pendidikan Daerah Marang Bawa Misi Bantuan Kemanusian ke Dabong , Kelantan

IMG-20150127-WA0024

Bagi meneruskan misi Skuad sukarelawan TTB yang dibawa oleh YAB Menteri Besar Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, seramai 160 orang jentera daripada pejabat pendidikan daerah Marang ke Dabong khamis lalu dalam misi bantuan kemanusian mangsa banjir di dearah itu.

Misi itu diketuai oleh Pegawai Pendidikan daerah  Marang( PPD) Cikgu Haji Kassim Husim  berkata,

"Masih ramai murid sekolah itu yang menjadi mangsa banjir besar tiada kelengkapan persekolahan yang sempurna"

 " kami  membawa barangan persekolahan seperti beg sekolah, kasut sekolah , alat tulis  dan juga pakaian sekolah untuk diagihkan kepada 200 orang murid di sekolah Kebangsaan Dabong serta sekolah menengah dabong dengan nilaian RM20,000 "

IMG-20150127-WA0022

IMG-20150127-WA0025

 Dengan menggunakan 15 buah pancuan 4 roda dan 20 buah kereta misi bantuan ini berjaya sampai ke Dabong.

Turut hadir bersama Presiden Majlis Belia  negeri Terengganu encik Zaidi Muda.

Sent from KH iPhone

Monday, January 26, 2015

Dialog Prestasi

Dialog Prestasi 2015

Wednesday, January 21, 2015

differentiated Teaching and Learning

Differentiated Teaching & Learning
  1. Building rapport with students
  2. What interests our students
  3. Learning objectives & success criteria
  4. Lesson starter activities
  5. Plenaries
  6. Learning in groups
  7. Differentiating the content
  8. Differentiating the learning process
  9. Differentiating the learning product
  10. Differentiating the lesson plan
  11. Giving feedbacks to students
  12.  Managing a differentiated classroom
building rapport with students…
      Students want their teacher to know them, to like them, & to set high expectations for their learning
what interests our students…
      Students respond positively when learning is meaningful, personalised and relevant
learning objectives & success criteria…
If learners are to take more responsibility for their own learning, then they need to know:
  1. What they are going to learn,
  2. Why they should learn it
  3. How they will recognise when they have succeeded
      Learning objective must be a skill, not activity
      Success criteria: i can …
  1. Recognise the verb in the sentence
  2. Add the word 'not' after the verb in the sentence
  3. Respond to questions using negative verbs
lesson starter activities…
      A strong start to a lesson ensures the ship will be steered in the right direction
plenaries…
      Ensures a solid ending to a lesson
learning in groups…
      Social beings – develop social skills
      Improve academic achievement … noticeable with low-achieving students
      Are more engaged
      Different groupings
differentiating the content…
Give 30 students the same content and some will find it too hard, too easy & 'just right'
      Reduced content
      Simplified test
      Accessible text
      Link to students interest
      Multiple intelligence
      Vocab list
      Word walls
      Pictures
      Dictionaries
      Global connections
differentiating the learning process…
      The use of choice … how the learning is demonstrated
      Choice boards
differentiating the lesson plan…
      Adjustment of T&L experiences to meet the needs of all students
      Differentiation is not a strategy; it is a way of thinking
      Knowing The Curriculum + Knowing Your Students + Think = Differentiation
giving feedbacks to students…
      & Getting feedbacks
managing a differentiated classroom…
It is about creating an environment that supports the successful learning of a broad range of students
  1. Managing groups
  2. Managing movements
  3. Getting teacher attention
  4. Managing student output
  5. Student self-management


--
HJ KASSIM HUSIN
Pegawai Pendidikan Daerah
Marang, Terengganu.
http://www.moe.gov.my/ppdmarang/   e-mail: marangppd@yahoo.com

Tuesday, January 20, 2015

Wira bah kuning 2014 yang tidak didendang

Cikgu Nor Aini Mat Nor tenang ketika ditemui di tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai kira-kira pukul 12 tengah hari, 29 Disember 2014.

Namun sebaik sahaja mahu berbicara, dia terhenti seketika, perlahan dia bangun dari bangku berjalan menuju ke arah seorang lelaki.

Tanpa sebarang kata, dia memeluk lelaki itu. Hanya linangan air mata yang keluar di antara mereka berdua.

"Mak dan ayah sihat, keluarga yang lain macam mana," bisik Nor Aini dalam sebak. Lelaki yang berusia pertengahan 30-an itu mengangukkan kepala.

"Alhamdulillah sihat, kak long macam mana sihat," balas Azli. Mereka berdua kembali membisu untuk seketika.smk mu3

Azli tidak datang dengan tangan kosong, dia membawa sedikit bekalan makanan dan keperluan untuk 'kak longnya' yang hampir seminggu tidak ditemui, tanpa khabar berita.

Itu merupakan pertemuan kali pertama Nor Aini dengan saudara terdekatnya selepas seminggu terputus hubungan.
Hari tersebut, merupakan hari pertama jalan darat untuk masuk ke sekolah tersebut dibuka selepas Bah Kuning membadai Manek Urai pada 22 Disember lalu.

Selepas hampir 10 minit bertanya khabar dengan Azli, Nor Aini kembali menyambung bicara dengan penulis dan teman penulis dari sebuah akhbar tempatan.

manek urai overall (2)Guru Penolong Kanan Kokurikulum itu kembali tenang, suaranya perlahan menceritakan detik sukar yang dialami ketika berada bersama 200 penduduk di bangunan sekolah itu ketika arus Sungai Lebir menggila.

Kata Nor Aini, air dari Sungai Lebir mencecah ke tingkat dua bangunan sekolah itu dan arus yang membadai telah menggegarkan bangunan yang tegap itu sehingga mereka semua tidak nyenyak untuk tidur.

"Ketika itu tidak ada apa yang saya ingat kecuali berdoa kepada Allah, saya terfikir pada ketika itu untuk mengikat badan kami semua yang berada dalam bangunan ini.

"Mana tidaknya, bangunan bergegar dan kami dapat melihat rumah-rumah yang dihanyutkan di Sungai Lebir. Kami bernasib baik kerana rumah itu tidak merempuh bangunan ini, jika tidak pasti semuanya akan hancur," katanya.manek urai rell

Nor Aini mempunyai peluang untuk keluar dari bencana alam itu ketika helikopter datang mengambil suami, ibu dan ayahnya yang terlantar namun dia tidak berbuat demikian.

"Saya tidak akan tinggal sekolah ini, saya tidak akan tinggalkan semua orang di sini kerana mereka adalah tanggungjawab saya.

"Apa akan jadi jika saya tiada, apa akan jadi pada mangsa-mangsa lain yang bersembunyi di bukit kerana sekolah ini adalah pusat yang mengagihkan bantuan kepada semua mangsa yang berada di kawasan berhampiran ini," katanya.

Beban yang ditanggung oleh Nor Aini amat berat. Suaminya menghidap penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodalisis pada setiap minggu.

Ketika itu, keadaan suaminya semakin parah kerana tidak dapat rawatan tersebut akibat malapetaka yang sama sekali tidak diduga itu.

Justeru, dia terpaksa menghubungi adiknya di Kuala Lumpur supaya mencari jalan untuk membawa suaminya keluar.

"Adik beradik saya telah berpakat dan menyewa helikopter dari Kuala Lumpur. Pada hari Khamis, helikopter datang untuk mengambil suami saya. DCA tidak membenarkan helikopter mendarat di sini kerana keadaan berbahaya.

"Namun kerana keberanian dan pengalaman juruterbang helikopter ini, dia mendarat juga di padang sekolah dan membawa suami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut, tanpa rawatan ini suami saya tidak mungkin akan selamat," katanya.

Manakala ibu dan ayahnya yang tinggal tidak mampu bergerak kerana serangan angin ahmar beberapa tahun lalu.

"Emak dan ayah saya dibawa keluar dengan helikopter bersama dengan beberapa pesakit lain di sekolah ini pada keesokan paginya.

"Betul saya ada peluang untuk keluar bersama suami atau emak dan ayah tetapi hati saya di sini, 200 orang yang ada di sini adalah tanggungjawab saya.

"Tanpa saya mereka mungkin takut untuk menggunakan peralatan sekolah untuk kelangsungan hidup, contohnya, bilik Kemahiran Hidup ini, ada dapur gas dan peralatan memasak, kalau tak ada saya mungkin mereka takut nak masuk dan tanpa saya mungkin pengagihan bekalan makanan tidak teratur," ujarnya.

Selepas kemuncak bah kuning, kira-kira 50 penduduk yang tinggal di sekolah itu mula berpindah ke bukit berhampiran kerana mereka berasa tidak selamat. Ketika itu bantuan mula tiba melalui udara.

"Saya tahu berapa ramai yang ada di bukit, jadi saya buat catuan, supaya semua orang mendapat makanan, bantuan bukan hanya untuk kami di sekolah ini sahaja.

"Alhamudulillah syukur kerana bantuan tiba selepas tiga hari, kami sedar kesukaran yang dihadapi oleh penyelemat untuk masuk ke sini. Kami amat berterima kasih dengan bantuan dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak," katanya.

Pengorbanan Nor Aini untuk membantu mangsa banjir tiada nilainya. Dia memainkan peranan yang amat penting dalam menenangkan semua penduduk yang terperangkap. Bencana ini menunjukkan betapa peri pentingnya seorang pendidik, dihormati masyarakat.

Biarpun seorang wanita, inilah wira yang tidak didendang. Jasanya amat besar.


Sent from KH iPhone

Kantin sekolah

Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif.

2. Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:

3. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.

4. Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."

5. Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.

6. Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.

7. Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.

8. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.

9. Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.

10. Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis.

11. Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi T_T

12. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.

13. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.

14. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.

15. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.

16. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
# share pada group2 lain..
anak kita..harta kita..aset kita..
tQ

Sent from KH iPhone

Monday, January 19, 2015

DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
Jawapan
1.    Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
 
2.    Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.
Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil.
 
3.    Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p.
 
4.    Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan?
Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.
 
5.    Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah?
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
 
6.    Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut:
a.  Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
b.  Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris
c. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyenbahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
d. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5
 
BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI:
Latihan untuk bahasa Malaysia:
                      i.        Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
                     ii.        KDP 4 Minggu
                    iii.        Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka
 
Latihan untuk bahasa Inggeris:
                      i.        Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris
                     ii.        Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris
                    iii.        Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris
 
7.    Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM)
Institut Pendidikan Guru
a.    IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah.
b.    "Teacher Study" untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah.
c.    Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid.
d.    Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum.
 
Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian.
Praktikum – 3 kali praktikum :
a.    Semester 5 – 4 minggu
b.    Semester 6 – 8 minggu
c.    Semester 7 – 12 minggu
d.    Semester 8 – pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan.
 
Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris.
 
Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan.
 
8.   Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen.
BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut:
                      i.        Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 – 5 tahun
                     ii.        Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara
 
9.   Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris?
Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013.
 
Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu:
a.    IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak
b.    IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
c.    IPG Kampus Dato' Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu
d.    IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan
e.    English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur
 
Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi.
 
Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut:
a.    Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris;
b.    Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon
c.    Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon
d.    Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum
e.    Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran
f.     Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai
g.    Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program
h.    Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah
 
10. Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI?
English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru:
a.    Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT)
·         Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka.
b.    Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH)
·         Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P & P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan.
·         CD Audio-Video (Teacher's CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif.
·         OPS-ENGLISH Student's Handbook untuk pelajar.
 
Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa.
 
11. Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris?
Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.
 
12. Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah?
Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu;
·         Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning)
·         Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning)
 
Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
 
Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
 
13. Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa?
Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI.
 
14. Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti?
Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

--
HJ KASSIM HUSIN
Pegawai Pendidikan Daerah
Marang, Terengganu.
http://www.moe.gov.my/ppdmarang/   e-mail: marangppd@yahoo.com

Saturday, January 17, 2015

Penilaian prestasi pegawai perkh pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

"PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA"
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12, 21 Mac 2011

STANDARD PRESTASI

Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh seseorang individu dalam sesuatu bidang/tugas yang telah dilalui dalam satu tempoh berdasarkan satu penanda aras yang ditetapkan.

Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain daripada itu standard prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD) mengenalpasti tahap pencapaian yang diharapkan kepadanya dan berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah peningkatan profesionalisme secara berterusan.


Sent from my iPad

Thursday, January 15, 2015

Sempena Majlis Perutusan Tahun Baru 2014 oleh Menteri Pendidikan

Sempena Majlis Perutusan Tahun Baru 2014 oleh Menteri Pendidikan pada 16 Jan 2015 di PICC..

Sent from KH iPhone

Peruntusan KPM tahun baru 2014

Sent from KH iPhone

Wednesday, January 14, 2015

Bersama tn hj Abdul halim said

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir MSST 2014

15 jan 2015
9.30 pg
Alamanda JPNT
Pengerusi : En. Zakaria Husin, Pengarah

Jawatankuasa penting
Ditetapkan mesyuarat dua kali setahun

mesyuarat utama mesti diberi keutamaan sebab melibatkan membuat keputusan

Tuesday, January 13, 2015

Pengurusan Akademik

Pengurusan Akademik

 

Peranan dan Fungsi

  1. Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan berkaitan akademik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Merancang, menyelaras dan mengurus strategi pelaksanaan semua mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program dan projek-projek khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi akademik.
  4. Merancang, menyelia, memantau, mengesan dan mengesahkan pelaksanaan aktiviti P&P serta pengurusan kurikulum sekolah.
  5. Merancang, menyelaras dan mengurus pengintergrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
  6. Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusan P&P serta pengurusan kurikulum di sekolah.
  7. Merancang, menyelaras dan mengurus program bersepadu guru-guru cemerlang bagi peningkatan kecemerlangan akademik.
  8. Merancang, menyelaras dan mengurus pembangunan profesionalisme keguruan berdasarkan pedagogi dan mata pelajaran.
  9. Merancang, menyelaras, melaksana dan menyebar luas dapatan penyelidikan dan kajian tindakan bagi peningkatan profesionalisme keguruan.
  10. Merancang, menyelaras, mengurus dan menganalisis data dan maklumat pelaksanaan program akademik untuk tindakan susulan bagi penambahbaikan.
  11. Mengurus setia dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan pelaksanaan kurikulum dan akademik di peringkat JPN dan KPM.

--
HJ KASSIM HUSIN
Pegawai Pendidikan Daerah
Marang, Terengganu.
http://www.moe.gov.my/ppdmarang/   e-mail: marangppd@yahoo.com

Fwd: Plan-Do-Check-Act (PDCA) Cycle

PLAN
Establish the objectives and processes necessary to deliver results in accordance with the expected output (the target or goals). By establishing output expectations, the completeness and accuracy of the spec is also a part of the targeted improvement. When possible start on a small scale to test possible effects.
DO
Implement the plan, execute the process, make the product. Collect data for charting and analysis in the following "CHECK" and "ACT" steps.
CHECK
Study the actual results (measured and collected in "DO" above) and compare against the expected results (targets or goals from the "PLAN") to ascertain any differences. Look for deviation in implementation from the plan and also look for the appropriateness and completeness of the plan to enable the execution, i.e., "Do". Charting data can make this much easier to see trends over several PDCA cycles and in order to convert the collected data into information. Information is what you need for the next step "ACT".
ACT
Request corrective actions on significant differences between actual and planned results. Analyze the differences to determine their root causes. Determine where to apply changes that will include improvement of the process or product. When a pass through these four steps does not result in the need to improve, the scope to which PDCA is applied may be refined to plan and improve with more detail in the next iteration of the cycle, or attention needs to be placed in a different stage of the process.

Note: Some modern trainers now also refer to the "A" as "Adjust". This helps trainees to understand that the 4th step is more about adjusting/correcting the difference between the current state and the planned state instead of thinking that the "A" is all about action and implementation (which actually happens in the second ("D") stage).

​______________________________

Also called: PDCA, plan–do–study–act (PDSA) cycle, Deming cycle, Shewhart cycle

The plan–do–check–act cycle (Figure 1) is a four–step model for carrying out change. Just as a circle has no end, the PDCA cycle should be repeated again and again for continuous improvement.

Figure 1: Plan-do-study-act cycle
Figure 1: Plan-do-check-act cycle

When to Use Plan–Do–Check–Act

  • As a model for continuous improvement.
  • When starting a new improvement project.
  • When developing a new or improved design of a process, product or service.
  • When defining a repetitive work process.
  • When planning data collection and analysis in order to verify and prioritize problems or root causes.
  • When implementing any change.

Plan–Do–Check–Act Procedure

  1. Plan. Recognize an opportunity and plan a change.
  2. Do. Test the change. Carry out a small-scale study.
  3. Check. Review the test, analyze the results and identify what you've learned.
  4. Act. Take action based on what you learned in the study step: If the change did not work, go through the cycle again with a different plan. If you were successful, incorporate what you learned from the test into wider changes. Use what you learned to plan new improvements, beginning the cycle again.

Plan–Do–Check–Act Example

The Pearl River, NY School District, a 2001 recipient of the Malcolm Baldrige National Quality Award, uses the PDCA cycle as a model for defining most of their work processes, from the boardroom to the classroom.

PDCA is the basic structure for the district's overall strategic planning, needs–analysis, curriculum design and delivery, staff goal-setting and evaluation, provision of student services and support services, and classroom instruction.

Figure 2 shows their "A+ Approach to Classroom Success." This is a continuous cycle of designing curriculum and delivering classroom instruction. Improvement is not a separate activity: It is built into the work process.

Figure2: Plan-do-study-act example
Figure 2: Plan–do–check–act example

Plan. The A+ Approach begins with a "plan" step called "analyze." In this step, students' needs are analyzed by examining a range of data available in Pearl River's electronic data "warehouse," from grades to performance on standardized tests. Data can be analyzed for individual students or stratified by grade, gender or any other subgroup. Because PDCA does not specify how to analyze data, a separate data analysis process (Figure 3) is used here as well as in other processes throughout the organization.

 Figure 3: Pearl River: analysis process
Figure 3: Pearl River: analysis process

Do. The A+ Approach continues with two "do" steps:

  1. "Align" asks what national and state standards require and how they will be assessed. Teaching staff also plans curriculum by looking at what is taught at earlier and later grade levels and in other disciplines to assure a clear continuity of instruction throughout the student's schooling. Teachers develop individual goals to improve their instruction where the "analyze" step showed any gaps.
  2. The second "do" step is, in this example, called "act." This is where instruction is actually provided, following the curriculum and teaching goals. Within set parameters, teachers vary the delivery of instruction based on each student's learning rates and styles and varying teaching methods.

Check. The "check" step is called "assess" in this example. Formal and informal assessments take place continually, from daily teacher "dipstick" assessments to every-six-weeks progress reports to annual standardized tests. Teachers also can access comparative data on the electronic database to identify trends. High-need students are monitored by a special child study team.

Throughout the school year, if assessments show students are not learning as expected, mid-course corrections are made such as re-instruction, changing teaching methods and more direct teacher mentoring. Assessment data become input for the next step in the cycle.

Act. In this example the "act" step is called "standardize." When goals are met, the curriculum design and teaching methods are considered standardized. Teachers share best practices in formal and informal settings. Results from this cycle become input for the "analyze" phase of the next A+ cycle.

Excerpted from Nancy R. Tague's The Quality Toolbox, Second Edition, ASQ Quality Press, 2004, pages 390-392.

--
HJ KASSIM HUSIN
Pegawai Pendidikan Daerah
Marang, Terengganu.
http://www.moe.gov.my/ppdmarang/   e-mail: marangppd@yahoo.com



--
HJ KASSIM HUSIN
Pegawai Pendidikan Daerah
Marang, Terengganu.
http://www.moe.gov.my/ppdmarang/   e-mail: marangppd@yahoo.com