VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SIRE-EURO

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Saturday, November 22, 2014

Trend Kehadiran Murid SR Daerah Marang



Thursday, November 20, 2014

Trend kehadiran Pelajar SM Daerah Marang perlu ditangani

Sasaran 95 % (2015)
Jan - Julai trend menurun berterusan, Ogos - Sept menaik, sept - Okt menurun....

Satu kajian terperinci adalah sangat kritikal untuk menangani kehadiran rendah dan trend menurun ini..
Apakah faktor yang menyebabkan jumlah pelajar tidak hadir semangkin meningkat berterisan?
Kenal pasti isu-isu dan intervensi yang sesuai untuk menangani isu kritikal ini.

Nota: Ketidakhadiran pelajar kesekolah mengundang berbagai implikasi termasuk isu disiplin, pencapaian akademik dll.

Pencapaian DTP Marang hingga Nov 2014

Pelaksanaan PPPM2013-2025 sedang melalui gelombang 1 iaitu dalam tempoh pelaksanaan 2013-2015, melalui DTP Marang beberapa impak positif PPPM telah menunjukkan perkembangan pendidikan daerah Marang,uah sekolah iaitu

3 buah sekolah menengah telah meningkat dari band 5 kepada band 4 (SMK Serating, SMK Tun Telanai dan SMK Rusila)
SMKA Durian Guling yang berada pada band 2 meningkatkan rangking sekolah sebanyak 6 anak tangga pada berbanding tahun sebelumnya.

Kehadiran murid adalah disasarkan kepada 95% kehadiran pada tahun 2015. SMKA Durian Guling telah menunjukkan perkembangan yang baik dengan pencapaian purata kehadiran melebihi sasaran ini iaitu 96.1%.

Kualiti pencapaian akademik sesebuah sekolah diukur melalui pencapaian gred purata peperiksaan awam, sebuah sekolah menengah iaitu SMKA Durian Guling telah melepasi sasaran nasional (4.4) iaitu 4.27 dalam peperiksaan percubaan SPM 2014 ini juga satu perkembangan baik dalam usaha meningkatkan gred purata.

Kualiti kepimpinan sekolah dinilai menggunakan Standard 1 SKPM lima dari 13 sekolah menengah  telah mencapai skor 10% standard 1 SKPM.